Tuesday 2 July 2013

Aku Merindukan mu sahabat

    Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku mencoretkan sebuah cerita tentang kehidupan di blog ini..Sebelum aku memulakan cerita ini..marilah kita sama-sama bnyakkan istighfar kepada yang Esa kerana hnya DIA yang MAHA MENGETAHUI segalanya apa yang sedang bermain di hati kecil kita dan juga kotak fikiran kita. Kita sedia maklum kekadang sebuah episod cerita itu kekadang dimulai dengan sebuah bait-bait kisah yang amat menggembirakan, namun begitu ada juga yang dimulakan dengan kisah yang menyayat hati. Tapi kita kena tahu berbagai bentuk corak yang bakal kita ceritakan, asalkan ianya datang dari sebuah keikhlasan dan kejujuran. Seindah dan sebaik mana jalan cerita kita itu, kita perlu mencoretkannya yang datang dari hati nurani kita sendiri. Baiklah Panjang lebar juga mukadimah kita hari ini..hehehehe., sebenarnya niat atau juga tujuan sebenar diri ini membuat blog ini adalah sekadar untuk mengisi lapang dalam bersisa.

Baiklah, bagi memudahkan cerita di blog ini, lebih elok saya membahasakan diri didalam blog ini sebagai nama iaitu Has.untuk pengetahuan has lebih suka memulakan cerita dengan kalimah bismillahhirahmannirrahim.,kerana apabila kita memulakan kalimah sedemikian ia akan memberkati semua perjalan cerita kita. baiklah cerita untuk episod pertama ini bertajuk SAHABAT...

Episod 1, Sahabat.....

Setelah jauh perjalanan ini, akhirnya  has temui erti nilai sebuah persahabatan. selama ini has selalu mengharapkan sebuah persahabatan yang datang dari seorang yang ikhlas menganggap has ini sebagai orang yang bergelar sahabat. kekadang has tahu bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang ikhlas akan ini semua, kerana masing-masing mempunyai keinginan yang berlain.Namun has akan cuba untuk memahaminya biarpun, has tahu siapalah has ini untuk melembutkan hatinya untuk menerima dia sebagai sahabat has.Dikala has keseorangan has selalu teringat akan dia, kemana dia pergi, kenapa dia tidak memberitahu has..Astaghfirullahalazim apa yang telah has buat, knpa has biarkan dia pergi tinggalkan has..dahulu has pernah menabur janji tak akan pernah mengkhianati persahabatan ini.Maafkan has, kalau semalam kata-kata has mengguris perasaan kamu..semalam has teramat sedih, krna has tidak tahu dimana tempat has nak meluah melainkan kamu..tetapi disebabkan kamu juga mempunyai masalah tersendiri, has tidak mahu membebankan dirimu..biarlah has tanggung ini semua..bukan niat has untuk menyembunyikan ini semua..tapi has takut untuk meluahkan pada kamu..

Maafkan has, menengking kamu semalam, has suruh kamu pergi..masa tu has sangat kecewa akan diri has..tolong maafkan has..has tahu kamu memahami apa yang has rasa..tapi has tak sekuat apa yang kamu fikirkan..has lupa siapa diri has..has sanggup hancurkan persahabatan kita ,kerana inginkan kepuasan..tapi kenapa kamu tinggalkan has keseorangan lalui ini semua...setelah dirimu tahu akan masalah has, mengapa kamu memutuskan persahabtan ini, sedangkan has tidak pernah mengatakan tolong tinggalkan has...kenapa kamu biarkan has seorang diri lalui ini semua...demi Allah, has tidak pernah menyalahkan dirimu..tetapi begitu mudah kamu mengatakan sampai disini sahaja persahabatan kita...Has sangat merindukan kamu, sehinggalah sekarang..biarpun kamu telah memutuskan persahabatan ini, tapi has tetap anggap kamu sebagai sahabat has hingga ke akhir hayat has..has tidak pernah menyalahkan kamu akan semua ini...mulai detik ini has masih teringat akan setiap memori kta bersama.. setiap hari has mengikuti perkembangan dirimu..biarpun has tahu dirimu telah menganggap has ini tidak wujud, has tidak pernah menyimpan dendam terhadap dirimu..izinkan untuk has mengatakan, maafkan has selama ini menjadi seorang sahabat yang sangat lemah dimatamu...terima kasih kerana menjadi shabat has biarpun hnya seketika...